° iStatus °

♥ RINDU YANG PALING MENYAKITKAN ADALAH RINDU YANG BERPANJANGAN PADA INSAN YANG TELAH PERGI DAN TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI LAGI ♥

DASHBOARD



BEREHATLAH. SELAMAT JALAN, TEMAN BAIKKU - 21 NOVEMBER 2017 -

Berat jari jemari menaip bait-bait perkataan untuk dicoretkan segalanya mengenai kau. Terasa kau masih ada dengan kami semua. Terasa kau begitu dekat dengan kami semua. Ya, kau tetap ada tetap dekat di dalam hati kami semua. Macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Macam mimpi yang engkau terlebih dahulu meninggalkan kami semua. Kau seakan tahu yang masanya sudah tiba. Kini aku betul-betul kehilangan kau. Kehilangan yang memberikan kesan besar pada kami semua. 

Tiada siapa yang dapat melupakan ketawa kau, gurauan kau, kerenah kau dan segala perangai kau yang sentiasa mencuit hati sesiapa sahaja yang mengenali diri kau. Sungguh aku rindu, Mil. Dari sekolah rendah bawa ke sekolah menengah dan belajar di politeknik yang lain tapi itu tidak pernah membataskan persahabatan kita. Bila semakin dewasa, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri tapi tidak pernah putus berhubung cuma kekangan masa yang tidak mengizinkan kita bertemu selalu. 

Luluh hati ini melihat pemergian kau begitu. Hancur hati ini melihat kau yang terbaring kaku berlumuran darah di atas jalan raya itu. Pilu hati ini melihat video jenazah kau ditutup untuk di bawa ke hospital. Sampai sekarang aku tak percaya yang aku lihat semua itu adalah kau. Kawan baik aku sendiri! Kau terlalu baik, Mil. Aku bangga ada kawan yang baik macam kau. Aku bangga dapat kenal orang yang baik macam kau. Damailah di sana wahai teman. 

Masa ini kitorang serbu tempat kerja kau. Tunggu kau balik kerja nak lepak sesama. Kita bergambar bertiga sambil tukar pakai cermin mata. Kau pakai aku punya dan aku pakai kau punya. Mil, dulu rupa kau tak macamtu. Dulu rambut kau lebat sekarang dah lain. Dulu kau kurus juga tapi sekarang semakin kurus kan. Aku perasan itu.

Last minute plan jumpa each other. Terburu-buru aku balik dari Damansara semata-mata nak dinner dekat D'pallet dengan kau dan Nazatul. Dinner malam itu kau yang belanja. Terima kasih, Mil. Masa dinner kita bincang nak pergi holiday together. Tapi selalu yang dirancang beriya-iya itu tak menjadikan. 

Aku scroll instagram kau. Tiba-tiba aku nampak post kau yang satu ni. Caption kau menyesakkan dada aku. Kalaulah aku tahu masa kau dengan kami sampai setakat ini sahaja, aku sanggup luangkan masa aku seberapa banyak yang boleh untuk kau. Supaya aku tak terasa terkilan tak dapat jumpa kau untuk kali terakhir. Kita dah rancang nak jumpa bertiga 02/12/2017 nanti kan tapi perancangan Allah lebih hebat. Aku redha, Mil.

Ini wish terakhir kau untuk aku. Setiap tahun kau tak pernah lupa wish birthday aku. Lepasni aku dah tak dapat nak dengar kau nyanyi lagu happy birthday untuk aku. Lepasni aku dah tak dapat dengar kau cakap 'tak ajak bhai' bila aku lepak berdua dengan Nazatul. Aku rindu kau, Mil.


Mil, semalam ramai kawan-kawan kita datang beri penghormatan terakhir untuk kau. Alhamdulillah proses pengurusan jenazah pun berjalan dengan lancar. Ustaz Ghaffur menangis teresak talkinkan kau. Selesai sahaja doa, hujan pun turun dengan lebat. Rahmat Allah untuk kau. Berehatlah, teman baikku. 


Aku kehilangan kau buat selamanya. Memang benar aku meyayangi kau, teman. Tetapi ada lagi yang lebih menyayangi kau. Kembalilah dengan tenang dan aman di sana. In shaa Allah aku akan datang menziarahi engkau lagi. Selamat jalan, teman baikku.





Al-Fatihah, Muhamad Syamil Bin Shaharudin.
16/05/1993 - 21/11/2017










Story Typer by Nurftnnzh