° iStatus °

♥ RINDU YANG PALING MENYAKITKAN ADALAH RINDU YANG BERPANJANGAN PADA INSAN YANG TELAH PERGI DAN TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI LAGI ♥

DASHBOARD



HIKAYAT BERNIKAH TANPA COUPLE - 19 MEI 2017


Buku nih aku jumpa dekat PBAKL 2017, PWTC yang lepas. Aku dah borong novel berbuah-buah barulah aku terjumpa buku hikayat nih. By Tarbiah Sentap kau tahu takkkk. Hahahahahaha. Aku tak tak tahu kenapa aku tertarik sangat nak beli buku  nih tapi masa tuh bajet terlebih gila aku spent beli novel. Matilanakkkk.

Tajuk buku itu menarik hati aku. Tajuk buku itu membuatkan aku menyentuh lalu membelek helaian demi helaian muka surat untuk mengetahui apa isi kandungan di dalamnya. Hanya kerana "bernikah tanpa couple" sebenarnya itulah situasi kehidupan sekarang yang sedang dan bakal dihadapi oleh aku.

Aku tak ingat dimana perkenalan kami. Aku tak ingat bagaimana semuanya bermula. Aku tanya dia pun, dia juga tidak mampu mengimbau singkap sejarah di mana, bila, bagaimana, dan melalui siapa kami berkenalan. Tapi dia kata cukuplah dia tahu yang dahulunya aku pernah menjadi rapat bersamanya dan mula saling tidak bertegur sapa dipertengahan cerita. Akhirnya, kami berhubung semula lalu menjadi rapat kembali sehingga kini dan sekarang kami menuju setapak demi setapak ke arah pernikahan. "BERNIKAH TANPA COUPLE"! Ya, aku dan dia tak declare apa-apa pun. Dia tak pernah sekalipun menyatakan hasrat untuk jadikan aku special girlfriend atau awek. Haaaa tetapi dia meluahkan, mahukah aku menjadi isterinya? Aku tercengang!

Ting! Iphone 5 aku berbunyi. Aplikasi wechat menunjukkan ada seseorang menghantar mesej. Aku cuma lihat pada notifikasi sahaja. Ehh macam kenal lah.

FA : Assalamualaikum :)

Dan bermulah hikayat bernikah tanpa couple versi aku dan dia. Mac 2016, kami mula berhubung semula. Lama-kelamaan menjadi rapat. Setiap hari ada sahaja mesej daripada dia. Memang dia sahaja yang memulakan perbualan. Aku hanya menunggu sahaja. Hehehehehehe. Saat itu, detik itu dan sejak itu aku mempunyai hobi baru iaitu menjadi penunggu setia mesej daripada dia. Kihkihkihkih. Aku pun tak tahu kenapa. Permulaannya, dia selalu mengingatkan aku jangan sesekali jatuh hati padanya. Allah, manusia sebaik dia mustahil tiada yang jatuh hati. Kan? Allah pemilik sang hati. Yang Maha berkuasa, Yang Maha membolak-balikkan sekeping hati. 

Kami saling berbalas mesej tak kira waktu. Kami berkongsi pelbagai cerita itu dan ini. Tetapi kami tak pernah membicarakan soal hati. Adakalanya pagi, petang tetapi selalunya malam sebelum masing-masing melelapkan mata. Jarang sekali bergayut tengah malam. Kami lebih selesa menaip berpatah-patah perkataan dari bercakap membazirkan air liur. Hahahahahaha. Dan lagi menarik perjalanan kisah kami adalah sepanjang itu kami langsung tidak pernah berjumpa sesama sendiri. Hei, dia adalah senior aku di Polisas dulu. Kami berlainan course. Yes, true. Kami tidak bersua sesama sendiri biarpun aku tahu dia cuma duduk di Petaling Jaya. Bukan tak pernah dia ajak jumpa. Tetapi entahlah, hatiku tidak yakin ketika itu. Almaklumlah masa belajar dulu kata dia, kami pernah bertemu dua kali di kamsis. Hihihihihi.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Penghujung Disember 2016. Dia menghubungiku. Bukan dengan mesej tetapi panggilan telefon. Bukan sejam ataupun dua jam kami berbual tetapi 4 jam. Kau rasa? Mahu tak panas telinga. Nasiblah ada earphone. Kihkihkihkih. Itulah kali pertama kami berbicara soal hati dan perasaan. Dan akhirnya, tahun 2016 melabuhkan tirai membuka lembaran 2017. Sedikit demi sedikit berubah. 02 Januari 2017. Buat pertama kali, aku bersedia untuk bertemu. Destinasi? Kami memilih Pantai Klebang, Melaka. Kami hanya jumpa sebulan sekali. Itulah syarat yang aku letakkan. Sehingga kini. 

Begitu cepat masa berlalu. Hampir menuju ke arah penghujung Mei. Pejam celik seminggu lagi nak puasa. Sebulan lepastu kita akan menyambut raya. Tak sabar rasanya. Aku sendiri pun tak tahu apa akan jadi nanti. Tahu saja nanti dah sampai hujung tahun. Akan bertemu pula dengan tahun 2018. Kenapa? Kerana kami memilih untuk menaiktarafkan hubungan kami kearah yang dituntut dalam islam iaitu pernikahan pada tahun hadapan. Allahuakbar! Dup dap dup dap berdebarnya rasa. Huhuhuhuhu. In shaa Allah, doakan yang baik-baik sahaja. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aminnn :)



Story Typer by Nurftnnzh