° iStatus °

♥ RINDU YANG PALING MENYAKITKAN ADALAH RINDU YANG BERPANJANGAN PADA INSAN YANG TELAH PERGI DAN TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI LAGI ♥

DASHBOARD



KHITBAH , ONE STEP CLOSER - 02/12/2017

Baru berkesempatan untuk meluangkan masa menghadap skrin komputer. Jari jemari baru terasa ringan untuk menaip bait-bait perkataan. Untuk mencoretkan kisah ini menjadi satu kenangan indah yang akan diabadikan di sini. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allahu Rabbi yang Maha Penyayang. Selesai sudah satu majlis. Cincin sebentuk tanda muafakat, cincin dua bentuk tanda terikat. Satu langkah kehadapan untuk menyatukan dua hati dan dua keluarga menjadi satu.

Bukan berniat tidak mahu berkongsi cerita. Bukan berniat untuk menyembunyikan tetapi adalah lebih elok sekiranya pertunangan itu tidak dihebahkan. Cukuplah sekadar ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan yang terdekat mengetahuinya. Masih tak boleh move on sebenarnya. Macam tak percaya yang diri ini telah menjadi tunangan orang. Secara rasmi okayyy! Hahahahaha. Tak payah kata diri sendiri, saudara mara and kawan-kawan yang dah tahu dan baru tahu pun masih tak percaya budak macam aku dah nak kahwin. Tolonglah percaya. Hehehehehe inilah kenyataan yang harus diterima. 























Haaaa percaya ke tak? Segala macam perasaan ada masa nak sarung cincin tu. Nervous, takut, berdebar bercampur-baur masa tuh. Mujurlah aku tak lari ikut pintu belakang sebab ketar habis kaki tangan bila orang panggil nak sarung cincin. Huhuhuhu. Tapi kan terasa macam artis pun ada. Ramai sangat orang tangkap gambar kita dengan bakal mama mertua. Siap berflash-flash bagai. Hahahahaha. 

                               

Ini wajah-wajah kesayangan yang bakal menjadi orang penting dalam kehidupan aku. Bakal mama mertua, bakal abah mertua dan bakal suami yang akan menggantikan tugas abah untuk terus membimbing dan mendidik aku dalam mencari redha Allah yang Maha Esa. In shaa Allah.

Untuk mama dan abah, 
Terima kasih kerana mengizinkan aku berkawan dengan anakmu. 
Terima kasih kerana sudi menerima aku dalam keluargamu. 
Terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai bakal anak menantumu.
 Terima kasih kerana membenarkan aku merasai kasih sayangmu. 
Terima kasih untuk semuanya. 

One step closer! Semoga Allah permudahkan perjalanan seterusnya. Tak lama pun lagi. Hahahaha mungkin 8 bulan dari sekarang. Agak-agak dah boleh counting days tak? Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukannya. Semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal sehingga menemui ijab dan qabul. 

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini. Terima kasih untuk semua ucapan tahniah dan doa-doa yang baik dari kalian semua. Terima kasih kepada ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan rapat yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. 

Akhir kata, ampun dan maaf seandainya ada yang terkurang ataupun terlebih sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada kekhilafan diri sendiri. 


SELAMAT BERTUNANG!


 Nurfatin Nazuha Binti Zulkapli 
&
Mohamad Faris Affende Bin Roselly
                             










Story Typer by Nurftnnzh