° iStatus °

♥ RINDU YANG PALING MENYAKITKAN ADALAH RINDU YANG BERPANJANGAN PADA INSAN YANG TELAH PERGI DAN TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI LAGI ♥

DASHBOARD



Kem Kepimpinan PRS

Assalamualaikum :D

Wah wah wah ! Lama dah rasanya tak share cerita kan? Hhehe, mari laa sini. Baca cerita Atenn ney haa :)
Nak tahu tak , orang lain sambut maulidur rasul tapi kan Atenn tak dapat sambut. Tak dapat nak berselawat ramai-ramai macam dulu dulu kat sekolah tuh. Rindu nya. 3 hari 2 malam Atenn pergi Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Siswa bertempat di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah , Kuantan. 

Seriuss ! Memang seronok gilaa vavi. Hhaha. :D Enjoy sesangat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 'Bantu diri , Bantu rakan' itulah moto Pembimbing Rakan Siswa (POLISAS) . Masa 1st Atenn sampai tuh kan , hmm ntah laa. Mengeluh sangat. Kena redah lumpur untuk pergi ke tapak perkhemahan. Tenggelam kaki sampai betis. Eeeeuuwwwww ! Tapi best laa. :)

Chopp ! Atenn tak boleh lupa bab aktiviti night walk dijalankan. Korang bayangkan laa pukul 12.30 malam aktiviti tuh dibuat. Normal laa kan? Hhuhu. Briefing kejap dengan jurulatih yang bawak kitorang night walk kat tengah hutan malam malam buta tuh. Nak dijadikan cerita , boleh pulak Atenn dengan my beloved twins and seorang kawan Atenn ney kena duduk baris last sekali. Memang tak laa kan. Haishh , tapi nak buat macam mana. Redah jeh laa. Hhuhu. Macam-macam rasa ada. Ylaa , kita jadi orang last memang semua benda kita akan fikir. Nama pun baris last kan of course laa belakang kita dah takde orang dah. Kalau korang laa kan , ada berani tak? Hhehe ;)

Tatao laa kan , tengah hutan mana jurulatih tuh stop kan kitorang. Boleh pulak dia suruh bersila kat situ lama-lama. Naik kematu buntut Atenn duduk. Ahakss ! Hhehe. Rupanya dia nak lepaskan kitorang one by one masuk hutan. Jalan seorang demi seorang dengan berpandukan seutas tali. Korang bayang kan laa. Dah laa malam gelap gilaa. Memang tak nampak apa dah. Atenn  orang 3rd last. Belum sampai turn, Atenn dah dengar orang menjerit. Ya Allah ! Apa laa jadi kat diorang tuh. Tegak bulu roma dengar diorang jerit. Hhuhu

Sampai turn Atenn , Ya Allah ! Kau selamat kan laa aku. Hhehe. Mula-mula tuh Atenn dah tahu dah ada fasilitator yang saja dok nyakat kami. Bia jeh laa. Relaxx laa konon. Sampai satu part, entah fasilitator mana laa pulak yang jadi pocong melompat depan Atenn. Kaku kejap Atenn kat situ. Nak baca ayat Kursi , hampeh! Terus hilang dari ingatam. Betapa cuaknya Atenn masa tuh. Haishh , seram. Around 3 pagi baru selesai aktiviti tuh. Bila ingat balik , kelakar kot. Hhaha. 

Lagi satu aktiviti ney masa jungle tracking petang semalam. Hhaha. Lawak gilaa. Sakit perut Atenn gelak sorang-sorang. Hhaha. Belum apa-apa dah kena redah lumpur. Best sangat. Dalam lumpur bole posing ambil gambar lagi. Tapi kan, ada satu kisah ney menyayat hati. Hmm , kitorang tak bekerjasama. Kena denda berguling atas tar. Sakit semua anggota badan. Itu laa pengajaran yang mengajar erti kesilapan. :)

Rasa macam dah panjang sangat Atenn cerita kan? Bosan pulak korang. Penat Atenn pun tak hilang lagi. Baru jeh balik petang tadi. Hhehe. Tapi seriuss ! Memang best sesangat. Enjoy gilaa vavi. Sporting habis semua fasilitator and para peserta. PRSP , Are You Ready ? Fantastic Ohh Yeahhhh !!!

kami satu kumpulan

Sampai sini jeh Atenn cerita tao. Hhuhu, tak larat dah nak taip. Bye ! Adios , Amigoss :D Selamat Malam :)

Story Typer by Nurftnnzh