° iStatus °

♥ RINDU YANG PALING MENYAKITKAN ADALAH RINDU YANG BERPANJANGAN PADA INSAN YANG TELAH PERGI DAN TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI LAGI ♥

DASHBOARD



Amazing Explorace




Hai , semua !
 
          Atenn nk share satu pengalaman yang seronok sangat harini. Pagi tadi Atenn ada explorace untuk Kelab Prs. Dari malam semalam lagi semangat gilaa.Tak sabar nak menjalani aktiviti pagi nanti.Sampai termimpi-mimpi dalam tidur. Kahkahkah :D Seriusly , bangun pagi tadi memang semangat gilaa. Budak group Atenn baru lepas mandi , yang Atenn dah siap lengkap. Tinggal nak pakai stokin and kasut jeh lagi. Semangat laa katakan. Semangat nak menang laa kononnya. Confident tuh boleh menang. Hhaha

         
            Start dari pagi hujan dah turun. Mula-mula gerimis mengundang. Okay , relax dulu. Baru gerimis belum hujan lebat lagi. Satu group ada 5 orang. Breakfast roti dengan air teh panas. Buat warm up dulu. Dengar taklimat kejap. Okay , abg facy suruh berkumpul. Dah nk mula laa ney kan. Dapat jeh klue 1st , okay. Kami kena pergi depan dekat pondok pengawal. Lari punya lari , Alamak ! Asal laa 2 orang budak group aku lenggang kangkung jalannya. Haishh , macam mana nak menang? Sabar jeh laa ;) Penat sangat lari sana sini. Buat aktiviti itu ini semata-mata nak dapatkan klue. Takde daa nk malu apapun. Dalam otak fikir nak klue jeh , Hehe

          
          Tapi kan ada laa 1 aktiviti ney , kami sampai jeh dekat library. Abg facy tuh terus minta barang amanah
Dengan blur-blur ayam nya kami pun bagi laa , Alamak ! Kenapa bagi? Tuh kan barang amanah. Kami dah silap buat aktiviti. So , diberi 2 pilihan. DENDA atau EXTEND 10 MINIT. Kami 1 group pilih DENDA. Opss! Buat piramid dengan menggunakan 1 helai kertas A4. Pening lalat kami dibuat nya. Then , kami give up laa and tetap kena extend 10 minit. Hmm , cukup 10 minit kami teruskan perjuangan.

           
          Okay , tiba-tiba berlaku sedikit masalah teknikal. Kami dah skip 2 klue , Haiyoo ! Banyak penat  =.='
Hadoii , kenapa laa pulak ney? Kaki aku nak tercabut dah berlari sana sini. Abg facy bagi kami masa tambahan untuk cari 2 klue tersebut. Destinasi pertama , kolam air Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Sampai situ , boleh pulak Atenn cakap "Abg , Abg Hamdan suruh kami minta sampul. Kami group no 8. Tak payah buat tugasan. Just ambil sampul jeh" Abg facy tuh lurus bendul laa pulak boleh bagi jeh sampul macam tuh jeh. Lepas tuh , baru Atenn terfikir serba salahnya buat macam tuh. Walaupun memang fakta Abg Hamdan suruh minta sampul jeh. Hhhaha :D Kelakar bila ingat balik.

          
         Sampai dekat checkpoint akhir , timbul lagi masalah. Hurm , Lastly Abg Hamdan decide kami extend 10 minit lagi. And keputusannya group kami dapat no 3 keseluruhan. Kumpulan 1st perempuan yang berjaya sampai ke checkpoint akhir biarpun macam-macam hal jadi. Kahkahkah ;D 

      
         Berbaloi kepenatan yang kami rasakan. Enjoy , happy , seronok , gembira. Haa , sampai tak tahu nak describe macam mana perasaan tuh. Dapat kenal dengan ahli Prs yang lain. Memang terbaikk laa Amazing Explorace ney. Hohhohho *_* So , sampai sini jeh cerita Atenn dulu. Gottogo laa. Adios ;)


with  yaya  ,  mira  , fiqah . shuhada

Story Typer by Nurftnnzh