° iStatus °

♥ RINDU YANG PALING MENYAKITKAN ADALAH RINDU YANG BERPANJANGAN PADA INSAN YANG TELAH PERGI DAN TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI LAGI ♥

DASHBOARD



Program Sulung :')



Assalamualaikum , Holla everyone :)
Sorry, lama dah kan Atenn tak menaip? Rindu tak? Hehe. Atenn tak pernah lupa dunia blogging tao. Cuma tiada kesempatan nak menaip. Banyak sangat kerja. Sorry again. So, right now macam mana pun Atenn nak share dengan korang semua satu cerita. Nak tao apa cerita itu? Let's go :))

24 Mac 2012 , hari yang dinanti-nantikan. Mengapakah? Hhaha :D Hari ney, pukul 8 pagi tadi Atenn dan rakan-rakan seperjuangan yang lain daripada Kelab Pembimbing Rakan Siswa POLISAS bertolak ke Dungun, Terengganu untuk menyertai satu program yang diberi nama Program Masih Ada Yang Sayang. Kami pergi ke rumah orang-orang tua yang terletak dan beroperasi di situ.

Nak dijadikan cerita, korang tao tak semalam sebelum pergi Atenn and the gang pergi laa berpesta kejap sambut birthday kakak kat bilik sebelah ney. Makan punya makan tak ingat apa dah. Hahaha :D Pagi tadi, haa ambik kau Atenn. Pening-pening and sakit perut tahap cipan dah. Kalah orang senggugut. Bukan Atenn jeh yang kena, the whole of the gang kena. Mencirit cari toilet bila dah sampai destinasi. Kahkahkah :D

Dengan semangat berkobar di dada , takpe Atenn. Teruskan perjuangan anda. Cewahh :) Kami diberi taklimat sebagai pengenalan awal tentang Rumah Ehsan. Seterusnya dibawa minum pagi oleh pegawai yang bertugas. Selepas itu baru laa kami mengorak langkah selanjutnya melawat kediaman penghuni di sana. Atau lebih dikenali golongan warga emas atau kurang bernasib baik.

Saat melangkah masuk ke wad pertama, Wad Anggerik iatu kediaman pertama penghuni warga tua wanita, mata Atenn tertancap pada seorang nenek tua yang duduk tersenyum saat melangkah masuk ke situ. Atenn menghampirinya. Tersentuh hati Atenn apabila menyalaminya. Nenek tua itu seorang yang buta. Tetapi petah bercerita. Dia berusia 84 tahun. Tidak mampu berjalan, hanya duduk di atas katil.  Atenn bercakap sambil mengusap lembut jari-jemari nya. Dalam hati Atenn, betapa rindunya Atenn pada arwah nenek. Mengapa sanggup seorang anak berbuat begitu pada emaknya.

Berjalan dari satu wad ke satu wad, Atenn beramah mesra bersama penghuni di sana. Biasa laa, Atenn ney kan peramah orangnya. Mesra alam terlebih. Hhaha :D Atenn mendekati seorang lagi nenek tua. Berusia dalam lingkungan 80-an. Agak agresif orangnya. Borak punya borak dengan nenek ney, tak ingat apa dah. Hehe, seronok sangat. Masa Atenn nak undur diri pergi tempat lain, nenek ney tak bagi Atenn pergi. Haa, ambik kau sekali. Melekat terus kat nenek tuh. Sampai kan kawan Atenn datang 2 kali panggil Atenn. Hoho =,= Atenn peluk, cium nenek tuh puas-puas. :))

Serius, seronok sangat berada di sana. Tak terkata pengalaman dan pengajaran yang Atenn peroleh. Cuma Atenn terkilan saat nak bertolak balik ke POLISAS , Atenn tak dapat nak jumpa nenek yang buta tuh buat kali terakhir sebelum balik. Hajat tak kesampaian. Insya-Allah semester depan ada rezeki Atenn akan pergi sana lagi :)

Selaku pengarah program ini, Atenn mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Atenn amat menghargainya. Atenn boleh tersenyum lega sekarang. Kepenatan Atenn selama ini tidak sia-sia. Alhamdulillah. Guys, Atenn rasa sampai sini jeh kott. Got to go. Hhaha :D Nak sambung tidur sambil texting with him ;) Goodnight semua ! Adios Amigos :)) Salamullah.


Story Typer by Nurftnnzh