° iStatus °

♥ RINDU YANG PALING MENYAKITKAN ADALAH RINDU YANG BERPANJANGAN PADA INSAN YANG TELAH PERGI DAN TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI LAGI ♥

DASHBOARD



aku masih seperti dulu

abah
kau adalah insan yang aku hormati 
kau adalah insan yang teramat mulia 
pada pandangan hati dan akalku
kesabaran kau begitu mengkagumkan aku
tanpa keluh kesah
kau rela berpanas dan berhujan
demi membesarkan anakmu ini


abah
kepayahan kau dalam mendidik ku
amatlah aku hargai
biarpun hanya berbekalkan tulang empat keratmu
engkau terus berjuang
untuk menyelesakan aku
sehingga membuatkan aku berazam
untuk membalas jasamu
yang tak pernah kenal erti jemu


abah
ketahuilah 
anakmu ini terlalu sayangkan mu
biarpun terkadang diherdik, dimarah
aku tetap akan selalu menyayangimu
kerana engkau adalah abah aku

namun
kata-kata yang terlafaz dari bibirmu dulu
membuat hatiku tertusuk sembilu
tuduhan yang kau lemparkan haritu
teramat berat untuk aku galas
TIDAK !
aku bukan seperti itu


aku bukan begitu
aku masih anakmu yang dulu
aku masih seperti dulu, abah
anak yang mendambakan kasih mu
anak yang masih memerlukan perhatian darimu
dan, anak yang masih lagi anakmu


percayalah abah !
anakmu ini tidak pernah akan berubah
dan tidak akan berubah
selamanya akan kekal seperti dahulu
percayalah abah






Story Typer by Nurftnnzh