° iStatus °

♥ RINDU YANG PALING MENYAKITKAN ADALAH RINDU YANG BERPANJANGAN PADA INSAN YANG TELAH PERGI DAN TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI LAGI ♥

DASHBOARD



kisah laut dan langit :)

haii, pembaca :))

kali ini atenn nk kongsikan satu cerita tentang cinta. haha. maklumlah, hati tengah berbunga-bunga sekarang ni. nak tau tak cerita cinta apa? haa, meh lah atenn nk story-mory tentang sinopsis kisah cinta ini. pernah tak readers semua menghayati keindahan ciptaan yang Maha Besar? Subhanallah! indahnya tak terkata. mata dapat melihat langit, laut, awan. mata memang tak dapat melihat angin tetapi kita dapat rasakan tiupan lembut angin yang mendamaikan hati. betul tak?

membebel pulak atenn ni kan? readers mesti tertanya-tanya kan? boleh nampak tanda soal kat dahi tuh, haha. mungkin kita semua tak tahu suasana disekeliling kita semuanya ada kaitan dengan diri kita. okay, straight to the point lah yee. hee, kita bercinta dengan si dia. mesti seronok kan? yelah, ada orang sayang. huhu. tetapi hubungan cinta tak selalunya bahagia. adakala datangnya duka. seperti orang ketiga. haa, hati-hati ! kita juga kena ingat, ada juga pendamai dalam hubungan kita. yang dari dulu sentiasa menyokong hubungan cinta kita dengan si dia.

cerita nak mula dah ni. haha. ayuh! enjoy reading :)



dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. mereka menyukai antara satu sama lain. oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. sehati sejiwa antara angit dan laut.

setiapkali datangnya senja, laut dengan lembut sekali membisikkan ungkapan 'aku cinta padamu' ke telinga langit. begitu romantisnya kata-kata si laut. setiapkali langit mendengar ungkapan itu, langit tidak menjawab apa-apa. hanya tersipu-sipu malu. wajahnya kemerah-merahan. suatu hari, datanglah sang awan ...

begitu melihat kejelitaan langit, awan seketika itu terus jatuh hati terhadap langit. tetapi awan tahu, tentu sahaja langit mencintai si laut. awan sedih. awan tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut. tujuan awan menghalang pandangan langit dan laut antara satu sama lain. dengki sungguh awan pada laut.

laut berasa sangat marah kerana tidak dapat melihat langit. sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan. tetapi tentu sahaja tidak berhasil. lalu datanglah angin yang eja dahulu sudah tahu hubungan laut dan langit. melihat keadaan laut yang bergelora dengan kuat, angin rasa dirinya harus membantu menyinggirkan awan yang mengganggu.

dengan tiupan deras dan kuat, angin meniup awan sejauh mungkin. awan terpecah-pecah lalu membentuk bayak bahagian. sehingga awan tidak lagi berupaya menghalang pandangan laut terhadap si langit. awan tidak mampu mengungkapkan perasaannya terhadap langit. kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis kesedihan.

hinggalah sekarang, kasih laut dan langit tidak terpisah. kita juga boleh melihat dimana mereka menjalin kasih. setiapkali memandang ke hujung laut, dimana ada satu garisan antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

haa, apa perasaan readers semua? sweet tak? samalah dengan kita. cuma kisah ini atenn kaitkan dengan ciptaan Allah. okay, atenn stop kat sini dulu tau. kbaii :)






Story Typer by Nurftnnzh